Search This Blog

Loading...

Monday, January 23, 2012

Pahala solat berjemaah di masjid

Kadang kadang aku "wonder" kenapa bapak aku setiap waktu solat mesti nak solat jemaah dekat masjid kecuali kalau betul betul tak sempat dia akan berjemaah dengan keluarga dekat rumah. Rupanya banyak kelebihan dan pahala bagi orang laki yang rajin berjemaah di masjid ni. Patutlah bapak aku "train" adik aku Yon tu untuk bangun solat Subuh dekat masjid dengan dia. Dulu masa mula mula tu mengamuk dan nangis jugaklah Yon. Yang paling lawak tu sebab mengantuk sangat dia terjatuh dalam longkang sebab turun turun motor jalan pejam mata. Agak lama jugaklah dia menderita jangkitan kudis buta sebab longkang tu banyak sangat bakteria. Alhamdulillah dah elok. Aku yang tak penah tengok kudis buta bila adik aku kena tu terkejut aku camne rupa kudis buta. Alhamdulillah sekarang adik aku sedang dalam proses untuk menjadi seorang hafiz. Alhamdulillah berkat didikan bapak aku sejak kecik.

 Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Shalatnya seseorang lelaki dengan berjamaah itu melebihi shalatnya di pasar atau
rumahnya - secara sendirian atau munfarid - dengan duapuluh lebih - tiga sampai sembilan
tingkat derajatnya. Yang sedemikian itu ialah kerana apabila seseorang itu berwudhu' dan
memperbaguskan cara wudhu'nya, kemudian mendatangi masjid, tidak menghendaki ke
masjid itu melainkan hendak bersembahyang, tidak pula ada yang menggerakkan
kepergiannya ke masjid itu kecuali hendak shalat, maka tidaklah ia melangkahkan kakinya
selangkah kecuali ia dinaikkan tingkatnya sederajat dan kerana itu pula dileburlah satu
kesalahan daripadanya - yakni tiap selangkah tadi - sehingga ia masuk masjid.

Apabila ia telah masuk ke dalam masjid, maka ia memperoleh pahala seperti dalam
keadaan shalat, selama memang shalat itu yang menyebabkan ia bertahan di dalam masjid
tadi, juga para malaikat mendoakan untuk mendapatkan kerahmatan Tuhan pada seseorang
dari engkau semua, selama masih berada di tempat yang ia bersembahyang disitu. Para
malaikat itu berkata: "Ya Allah, kasihanilah orang ini; wahai Allah, ampunilah ia; ya Allah,
terimalah taubatnya." Hal sedemikian ini selama orang tersebut tidak berbuat buruk -yakni
berkata-kata soal keduniaan, mengumpat orang lain, memukul dan lain-lain - dan juga
selama ia tidak berhadas - yakni tidak batal wudhu'nya.

Muttafaq 'alaih. Dan yang tersebut di atas adalah menurut lafaznya Imam Muslim.
Sabda Nabi s.a.w.: Yanhazu dengan fathahnya ya' dan ha' serta dengan menggunakan
zai, artinya: mengeluarkannya dan menggerakkannya.

image from google

Meh tengok video ni gerenti korang semangat nak solat jemaah di masjid
http://www.youtube.com/watch?v=7VQa8lkElTA&feature=share

0 comments:

Post a Comment

1 biji manik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails