Kehadapan sahabatku,
Pertama sekali, kita harus panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana masih di beri nikmat iman dan Islam. Segala apa yang kita punyai dan nikmati sekarang di sekeliling atau dalam diri kita adalah satu nikmat dan amanah.
Cuba kita ambil contoh satu nikmat Allah iaitu hati. Pada asalnya hati yang diamanahkan itu suci,bersih dan putih kepada kita. Kita renungkan semula, mampukah kita kembalikan hati yang putih,suci dan bersih itu kembali semua kepada Allah?
Kita bukan maksum, kita hanya manusia biasa. Selalu kita melakukan kesilapan tetapi andai kita duduk seorang diri dan mengenangkan tentang dosa dosa kita,itu tandanya kita masih mempunyai iman. Dalam hidup ini payah sekali hendak menjadi hamba yang bersyukur. Kita impikan nak itu dan ini tapi bila tak dapat kita merungut.
Pernahkah kita terfikir, Tuhan tidak memberi apa yang kita mahu tetapi memberikan apa yang kita perlu untuk menjadikan kita hamba terbaik di dunia mahupun di akhirat.
Terasa payah untuk menjadi orang yang penyabar. Sikit sikit kita tak puas hati,risau akan kerjaya kita, risau akan kata kata orang. Jadilah orang yang hanya merisaukan pertimbangan Allah kepada kita bukan pandangan manusia.
Kalau boleh kita hendak menjadi seperti Muhammad Al Fateh,Luqmanul Hakim,Iskandar Zulkarnain, Umar Abdul Aziz dan semua pejuang pejuang Islam yang hebat suatu ketika dahulu. Siti Hajar, Siti Khadijah, Sumaiyah,Zinnirah, Aisyah, Fatimah dan sebagainya. Semuanya memaparkan kisah keteguhan, ketaatan dan perjuangan yang suci.
Renungkanlah siapa pula kita di sisi Allah berbanding mereka yang hebat dalam perjuangan membela agama. Andai Tuhan meminta kita dan menguji kita untuk bersabar dan bersyukur. Firman Allah,bagaimana kita hendak katakana kita seorang yang beriman sedangkan kita belum di uji?
Jika hendak mencipta hubungan baik sesama manusia, ciptalah hubungan baik dengan Allah.
Kita redha akan pemberiannya,kita bersyukur dengan ketentuannya, insyallah hati,jiwa dan segala apa yang berada pada diri kita akan berasa tenang. Begitu juga, jika kita hendak mencipta hubungan romantik sesama manusia, ciptalah hubungan romantik kepada Allah terlebih dahulu.
Cuba kita singgap kembali sejarah Hulagu Khan yang mempalit sejarah hitam dalam dunia Islam supaya semangat dan jiwa kita sentiasa hidup untuk agama. Syukur dan sabar jadikan kekuatan kita!
“Ingat, Tuhan selalu beri kita yang terbaik dalam hidup, tetapi kita sahaja yang tak pernah bersyukur.
Ingat lagi satu perkara,
Ringankan tangan untuk menolong dan memberi,
1x kita menolong orang, 1000x Tuhan akan tolong kita.”
Warkah akan bersambung lagi...........

0 comments:
Post a Comment
1 biji manik