Awak rasa kita ni pemuda tak?
Umur baru 20 an mestilah dikira pemuda,
Belum tentu lagi kamu pemuda.
Kenapa? Apa yang dikatan pemuda?
Pemuda adalah orang yang,
Berkeyakinan,
Jujur,
Bersemangat,
dan Bertindak.
Ha camne ada tak ciri ciri yang disebutkan,
Ke fizikal je muda tapi berjiwa tua?
Kalau seorang pakcik pon,
Ada 4 sikap di atas dia masih dikira pemuda tau,
Tepuk dada tanya jawapan,
Adakah kita dikira sebagai pemuda..:)
Menurut "Wahai pemuda" karya Hasan al Banna,
Asas keimanan ialah hati yang cerdik,
Asas keikhlasan ialah sanubari yang jernih dan bersih,
Asas semangat insan ialah perasaan yang segar mekar,
Asas bagi tindakan ialah keazaman yang gagah lagi tabah.
Jadi bila reflek balik pada diri apa yang membezakan kita pemuda Islam dengan bukan Islam?
Bezanya adalah iman.
Adakah kita pemuda yang beriman?
Mari kita fikirkan.
Allah berfirman,
"Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka ; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka."(Kahfi:13)
Adakah hanya berseronok?
Apa tanggungjawab kita sebenarnya?
Sedarlah bahawa,
Kita sebagai pemuda sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang sangat banyak, tugas yang semakin besar, tuntutan yang berganda untuk menyelamatkan umat serta menunaikan hak hak umat dengan sempurna.
Tak kira siapa pon kita,
Mari jalankan tanggungjawab kita,
Mari ajak orang lain menuju kebaikan.
Jom ramai ramai buat MLM,
Biar semua orang untung,
Masuk syurga sama sama.
P/s: Lepas ni nak suka makan labu. Sebab rupanya Rasullallah salah satu makanan kegemaran baginda adalah labu. Tak caya? Boleh rujuk Syamail Muhammad S.A.W. Best sangat2!
Anas bin Malik r.a meriwayatkan:
Maksudnya: "Seorang penjahit mengundang Rasulallah saw dalam jamuan makan yang hidangannya di buat sendiri.Saya pergi menemui Rasulallah saw ke undangan itu, Kepada Rasulallah saw, tuan rumah menuguhi roti yang terbuat dari gandum serta kuah berisi labu dan daging. Saya melihat beliau mencari cari labu di dalam mangkuk. Maka sejak itu saya menyukai labu."
(Riwayat Tirmidzi,Bukhari,Muslim, Abu Dawud dan Ibnu Majah).


0 comments:
Post a Comment
1 biji manik