Cuma tarbiah macam mana yer? Jangan biarkan kosong. Ada banyak program seperti PUNCAK, KILAU dan DP. Disebabkan beberapa kekangan. Saya cuma sempat pergi KILAU je insyaallah Selasa sampai Jumaat depan. Jomlah ramai2 membasahi ruhi. Sape yang nak tahu lebih lanjut tentang program program ni boleh la tanya. Jangan segan segan. Insyaallah. Saya ingatkan susah nak dapatkan kebenaran mak dan ayah tapi alhamdulillah Allah mudahkan. Sampaikan bapak tanya bila nak usrah lagi? La napa tak pergi je semua program tu? Alhamdulillah syukur. Di saat orang lain ada masalah nak keluar berprogram, Allah mudahkan satu kekangan ni. Rumah ni pon dah banyak dengan surat khabar iluvislam. Saya happy sangat. Semoga roh Islam seperti solat berjemaah dan makan bersama di dalam rumah ini akan berkekalan. Hujung minggu ikut mak dan ayah keluar joging dan jalan jalan..:)
Hari ni ada tajuk menarik saya nak kongsikan,
Tentang jadikanlah Taubat itu amalan rutin kita. Dipetik dari surat khabar iluvislam.
Kenangkan dosa hari ini,
Dosa semalam dan hari hari yang telah berlalu kita lakukan.
Alangkah banyaknya sehingga tidak terhitung...
Namun Allah itu al Rahman walaupun begitu banyak dosa yang kita lakukan dia tidak pernah menarik nikmat penglihatan, pendengaran dan percakapan orang yang melakukan dosa.Malah Allah telah menutup aib kita dari diketahui orang lain.
Sesungguhnya kita ini terlalu lemah. Begitu banyak dosa yang telah kita lakukan sejak kita baligh lagi. "Manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah (An Nisa:28)
Akan tetapi Allah itu maha penyayang. Terdapat beberapa amalan yang menjanjikan dosa kita akan diampunkan. Antaranya.
1) Berwudhuk. Rasullah bersabda: "Tidaklah salah seorang dari kamu mendekati air wudhuknya kemudian berkumur kumur,memasukkan air ke hidungnya lalu mengeluarkan kembali, melainkan gugurlah dosa dosa dari rongga mulut dan rongga hidungnya bersama air wudhuknya.Kemudian tidaklah membasuh mukanya sebagaimana yang Allah perintahkan melainkan gugurlah dosanya melalui hujung janggut bersama air wudhuk,kemudian (tidaklah) ia membasuh kedua tangannya sampai ke siku melainkan gugurlah dosa dosa tangannya, kemudia apabila ia menyapu kepala, gugurlah dosa dosa kepalanya bersama air melalui hujung rambut,kemudia apabila ia membasuh kaki,gugurlah dosa dosa kakinya bersama air melalui hujung jari kakinya. (Imam Muslim).
2) Solat fardhu, solat Jumaat dan puasa di bulan Ramadhan.
3) Puasa Sunat Asyura -10 Muharam (menghapuskan dosa setahun lalu) dan puasa sunat wukuf (menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang).
4) Bertasbih, bertahmid dan bertakbir. 33x kali diakhiri dengan La illa ha illa Allah. Maka dosanya akan diampunkan seperti buih di lautan.

0 comments:
Post a Comment
1 biji manik